Monday 5 November 2012

KEIKHLASAN..:)

Ini hari aku nak menaip mengenai Ikhlas.Simple entry je. mengenai--->
SEBUAH KEIKHLASAN.

ikhlas ni diibaratkan seperti semut hitam berjalan di atas batu hitam dalam kegelapan...kite tak nampak tau semut hitam tu walaupun kita tahu ade semut kat atas batu hitam tu. Tengok, betapa susah nya kita nak menilai keikhlasan...Kita boleh cakap , kita ikhlas...tetapi, tetapi n tetapi sejauh mane keikhlasan kita ,kita sendiri pon kadangkadang tak tahu...aku ikhlas ke? erm...sebab aku jugak pernah terbit perasaan itu kekadang.. aku hanye manusia biase..saye tak tau la, manusiamanusia di luar sane pernah ke tak mengalami perasaan macam ni or tak...

Ikhlas. memang senang ia diungkapkan, di bibir. mudah.namun, apa sebenarnya erti sebuah keikhlasan apatah lagi kita sebagai umat Islam. Mengikut definasi  dalam google nih , IKHLAS ialah melaksanakan taat semata-mata kerana Allah s.w.t , dan bukan untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan.

Ok. OLeh itu, ikhlas, penilai mutlaknya adalah Allah s.w.t. Kita sebagai manusia pon mendakwa diri masing masing ikhlas tetapi belum pasti ia adalah benarbenar ikhlas di sisi Allah s.w.t. Mereka yang khuatir dengan keikhlasan mereka pula, kadangkadang mendapat nilaian yang paling tinggi di sisi Allah s.w.t.

Apa apa pon, yang menjadi asas kepada kita dalam mencapai keikhlasan adalah usaha. Tugas kita sebagai hamba adalah berusaha untuk ikhlas dalam setiap perbuatan kita dengan harapan ia di nilai pahala dan kerana Allah s.w.t. Keikhlasan perlukan mujahadah, iaitu bersungguh sungguh mahukannya. Dan , kita tak perlulah  berfikiran " erm, saya takut tak ikhlas lah" kerana keikhlasan itu pasti bertunas dan mekar andai niat kita adalah kerana Allah s.w.t. Hanya kerana-NYA.Apa -apa perbuatan harus tanamkan niat kerana Allah s.w.t.

Jika kita tak mampu mencapai tahap ikhlas yang mutlak, sekurangkurangnya kita dah berusaha untuk sampai di tepian nya. Wallahualam.:)

Marilah samasama kita berusaha untuk mencapai sebuah keikhlasan. bukan 2buah, bukan 3 buah tapi sebuah. ok ding.:)


p/s: mutiare kata yang saye dapat hari ni.


"Saya tidak akan mencintai orang yang saya suka. Akan tetapi, saya akan mencintai orang yang Allah utuskan untuk saya":)


-takde kaitan ngan tajuk pon-tapi nak taip jugk  .:)
-gmbar bawah pon xdep kaitan.


si tembam berjubah hitam di hari raye 2012,sambil meggedik  di pokok kelapa..angin sepoisepoi....
winkwink~@@~












No comments:

Post a Comment